Showing posts with label PERKONGSIAN PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label PERKONGSIAN PENGALAMAN. Show all posts

KISAH SEDIH DI BULAN RAMADHAN

Semalam seorang pesakit wanita berusia 35 tahun mati disebabkan oleh demam denggi…amat menyedihkan kerana pada saat pesakit itu tengah nazak, anaknya yang berusia 10 tahun, melihat dengan penuh kebingungan, sambil memanggil ibunya yang telahpun tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.

Apa yang menyedihkan lagi, budak tersebut tidak berbapa kerana bapanya telah lama meninggal dunia kira-kira 6 tahun yang lalu…

Pesakit ini telah datang ke hospital pada jam 10.45 malam setelah mengalami sakit perut semenjak pagi tadi. Pesakit sebelum itu telah mengalami demam selama 5 hari dan hari ini demamnya telah reda tetapi semenjak pagi tadi dia mengadu sakit perut.

Pada mulanya pesakit menyangkakan dia mengalami sakit gastrik yang biasa dia alami sebelum ini, tetapi setelah dia mengambil ubat yang selalu dia ambil untuk gastrik, ternyata tiada kesan, lalu dia mengambil keputusan untuk datang ke hospital bertemankan abang dan anaknya. Dia datang pada sebelah malam kerana pada waktu siang hari tiada siapa yang boleh membawanya ke hospital !

Setelah ujian darah dilakukan didapati pesakit kekurangan platelet ( thrombocytopenia ) 38 000 sahaja ! Selain dari itu pesakit juga mengalami radang hati dan sangat dehydrated ( kekurangan air dalam badan ), pada jam 10.50 malam pesakit adalah stabil dengan tekanan darah 110/64 mmHg, pulse rate 107 beats per minute dam suhu badan 37.2 Celcius, tetapi pada jam 11.30 malam, tekanan darah pesakit menurun kepada 70/40 mmHg ( tekanan darah ketika berdiri ) dan 75/42 mmHg ( ketika baring ), ini menandakan terdapat postural drop in blood pressure – the patient is in shock !

Pesakit pada ketika itu dalam keadaan resah ( restless and distress with GCS 13/15 ) drowsy…pesakit dengan segera telah pindahkan ke Red zone area ( critically ill patient ) untuk dilakukan proses resussitasi ( proses penstabilan pesakit ), disebabkan pada jam 11.45 malam pesakit semakin teruk, tidak memberikan reaksi apabila disoal, maka pesakit was intubated immediately to protect the airways.

Pada jam 12.05 pagi , cardiac monitor menunjukkan ventricular fibrillation ( VF ) , maka pesakit telah diberikan DC shock, namun selepas 5 minit berlaku pula asystole ( jantung telah berhenti berdenyut ) – CPR diteruskan, namun selepas 45 minit, tiada reaksi dan tiada tanda yang pesakit dapat diselamatkan.

Punca kematian pesakit adalah disebabkan oleh dengue shock syndrome, pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 pagi.

Apabila diberitahu yang pesakit tidak dapat diselamatkan, abang pesakit berasa amat marah, selain dari itu dia juga berkata; " Siapa nak jaga budak ini…saya sendiri pun hidup susah, takkan saya nak jaga dia pulak …ini semua salah hospital …doktor kat hospital ni tak pandai…kalau pandai sudah tentu dia tak mati…" kami agak terkejut dengan kata2nya. Pada masa itu hanya anak dan abang pesakit sahaja yang berada di hospital…dan tiada waris lain yang hadir.

Walaupun kami telah menerangkan sebab2 kenapa pesakit tidak dapat diselamatkan, namun waris pesakit tidak dapat menerimanya…dia terus marah tanpa mempedulikan anak saudaranya yang sedang menangis teresak2…

Take home message : Kita berusaha sedaya yang mungkin…kalau dah sampai ajal, tiada siapa yang boleh menghalangnya kehendakNya…Jangan ambil mudah jika anda demam berterusan selama 4 hari walaupun telah mengambil ubat, mungkin anda mengidap demam dengue ! Segeralah ke hospital untuk rawatan lanjut , seperti dalam kes ini pesakit menemui ajal hanya dalam masa 2 jam !

KISAH SELEMBAR BULU MATA


Diceritakan di hari pembalasan kelak,ada seorang hamba Allah sedang diadili.Ia dituduh bersalah menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi ia berkeras membantah,”Tidak”demi langit dan bumi sungguh tidak benar.Saya tidak melakukan semua itu.

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa,”jawab malaikat. Orang itu menoleh kekiri dan kanan lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak berjumpa seorang saksi pun yang sedang berdiri. Disitu hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,”manakah saksi-saksi yang kau maksudkan. ”Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu. Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat. Tiba-tiba mata terangkat dan berbicara “saya yang memandanginya”. Disusul oleh telinga “saya yang mendengarkan”. Hidung pun tidak ketinggalan”saya yang mencium”. Bibir mengaku”saya yang merayu”. Lidah menambah”saya yang mengisap”. Tangan meneruskan”saya yang meraba dan meramas”kaki menyusul”saya yang dipakai lari ketika ketahuan. ”Nah kalau ku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu”, ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Dia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dicampakkan ke dalam api neraka. Padahal rasa-rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya. ”Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi” ”Silakan” kata malaikat. ”Terus terang saja menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika dia sedang menangis menyesal perbuatan buruknya.” Bukankah nabinya pernah berjanji bahawa apabila ada seorang hamba melakukan dosa kemudian bertaubat walaupun selembar bulu matanya sahaja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.

Maka saya selembar bulu matanya,berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalannya. Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga.

BERGEMBIRALAH

Seorang yang berumur 30 tahun kini berpindah ke negeri lain. Ini disebabkan dia terpaksa mengikut arahan kerja. Dia mengambil keputusan untuk tidak membawa anak-anak dan isterinya. Dia bercadang untuk menyewa terlebih dahulu di kawasan baru tersebut sebelum membawa keluarganya.

Lalu berjumpalah dia dengan seorang lelaki tua. Lelaki tua tersebut telah mengiklankan mengenai bilik kosong yang ingin disewakan.

Pakcik ada bilik kosong yang ingin disewa? Saya berminat untuk menyewanya,” kata pemuda tersebut.

Memang ada nak, mari pakcik tunjukkan, “balas pakcik sambil membawa kunci untuk ditunjukkan kepada pemuda tersbut.

Pakcik itu kehairanan. Sebabnya semasa perjalanan ke bilik tersebut, lelaki tersebut asyik senyum panjang sahaja.

Maaf pakcik bertanya. Aneh pakcik lihat anak ini. Anak asyik senyum sahaja. Apa yang berlaku?”, tanya pakcik tersebut ingin mendapatkan kepastian.

Bukan apa pakcik. Saya sedang gembira. Saya seronok dengan bilik tersebut. Saya membayangkan ianya sebuah bilik yang mendamaikan.” Balas pemuda tersebut.

Tetapi anak belum lagi melihatnya,” balas pakcik tersebut.

Saya tahu pakcik, tetapi kegembiraan bukanlah diukur pada keadaan bilik tersebut. Ianya adalah tentang apa yang difikirkan. Ianya adalah tentang perkara yang bermain dalam minda kita. Ianya bergantung pada diri kita. Jadi sebelum saya sampai lagi ke bilik tersebut, saya pun sudah gembira. “

*PENGAJARAN

Kegembiraan bermula daripada minda. Anda boleh memilih untuk gembira atau sedih tetapi pilihlah untk gembira. Berusahalah untuk tidak bersedih kerana kita bukan berseorangan.

DON'T BE SAD

"Tidaklah sesuatu musibah yang berupa apa jua kesedihan sama ada dari persetujuan hatinya atau tidak hatta duri yang mencucuk jarinya, melainkan ia adalah penghapus dosa (kifarah)".