SEBAB-SEBAB SEDIH


Antara sebab utama menangis ialah sedih yang mendalam di dalam hati. Ia menguasai hati dan fikiran kita hingga tercetus tangisan. Merasa sedih adalah perkara yang wajar dan ia adalah sifat semulajadi manusia. Rasa sedih timbul oleh berbagai-bagai sebab seperti kehilangan sesuatu, tidak mendapat apa yang diinginkan, ditolak seseorang, merasa gagal terhadap diri sendiri dan 1001 alasan lain.

-1) Kehilangan

Penyebab umum merasa sedih iaitu kehilangan. Ia merupakan hal yang sangat menyedihkan apabila kita kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayang.

Kehilangan ini sama ada kematian orang yang sangat dekat seperti meningnya orang tua, sahabat, bahkan haiwan kesayangan.


-2) Pertengkaran

Pertengkaran juga boleh membawa kepada kesedihan dan tangisan. Contohnya suami isteri yang bertengkar, anak yang bertengkar dengan orang tuanya dan kawan yang bertengkar sama sendiri. Semua pertengkaran ini membawa kesedihan dan berakhir dengan tangisan.


-3) Takut azab Allah

Takut kepada azab Allah SWT juga termasuk antara sebab kita menangis. Terutama rasa takut (khauf) di kalangan mereka yang banyak membuat dosa dan ahli ibadat yang mengharap pertemuan dengan Allah.

Menangis yang diistilahkan sebagai ‘hiba’ ialahkekhusyukan dalam hati yang sering menangis kerana takut kepada Allah SWT. Ia adalah sifat yang mulia dan usaha yang trpuji.

Inilah sifat yang dianugerahkan oleh Allah kepada para nabi dan hamba-hambaNya yang berilmu. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah Ar Rahman, mereka segera sujud sambil menangis’

-Rasulullah SAW telah mengkategorikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah dalam 7golongan yang akan dilindungi Allah pada hari kiamat. Hari yang tiada perlindungan Allah SAW. Baginda SAW bersabda:

“ seorang yang sentiasa menyebut nama Allah ketika sunyi, lalu menitislah air mata dari kelopaknya”

Sabda Rasulullah SAW:

“ setiap mata yang akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga di jalan Allah (iaitu berjihad untuk meninggalkan kalimah Allah)

Di dalam riwayat yang lain disebutkan : “ Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari matanya seperti kepala lalat lantaran takut kepada Allah,” iaitu terlalu banyak menangis.


-4) Doa tidak dimakbulkan

Kerap berdoa tetapi tidak dimakbulkan Allah juga menjadi salah satu sebab mereka seseorang itu menangis. Terutamanya doa yang benar-benar diharapkan di perkenankan oleh Allah tetapi hinga bertahun-tahun tidak juga dikabulkan.

Selalunya Allah SWT akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Allah. Mungkin ada kesilapan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:

-adakalanya kita sudah terlalu jauh dengan Allah

- ada dinding yang membataskan kita dengan Allah seperti dosa yang sudah bertimbun sehingga Allah merasa kita tidak patut menerima pemberiannya

-kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat masih diteruskan

0 comments:

Post a Comment

DON'T BE SAD

"Tidaklah sesuatu musibah yang berupa apa jua kesedihan sama ada dari persetujuan hatinya atau tidak hatta duri yang mencucuk jarinya, melainkan ia adalah penghapus dosa (kifarah)".