IMPLIKASI KESEDIHAN


IMPLIKASI KEPADA KESIHATAN
Emosi sedih yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam tubuh. Apabila anda sedihkan sesuatu maka emosi ini akan mengganggu perjalanan energi/tenaga. Aliran energi/tenaga akan menjadi lambat bahkan boleh membuat aliran tersebut akan terhenti buat sementara waktu atau tersumbat. Kesedihan yang berlebihan akan menggangggu kerja paru-paru dan jantung. Kerana organ dalam saling berhubungan. Emosi sedih yang berlebihan akan mempengaruhi hati dan organ lainnya bahkan yang parahnya akan mengakibatkan terputusnya hubungan antara jantung dan pericardium(selaput jantung). Akibatnya berlaku pendarahan melalui dubur dan uretra. Penyakit fizikal seperti migraine, tekanan darah tinggi, sakit-sakit badan, kanser dan pelbagai lagi jenis penyakit fizikal juga boleh muncul hanya keranan emosi yang “luka” dan “berpenyakit”.


KEBURUKAN EMOSI SEDIH
Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.Selain itu, gerak kerja dan segala aktiviti akan terbantut kerana individu yang mengalami kesedihan menghabiskan banyak masanya dengan berkhayal dan termenung tanpa mengira masa dan tempat. Di samping itu, hubungan antara ahli keluarga dan orang-orang terdekat seperti rakan-rakan semakin renggang dan akhirnya retak.Kebiasaannya, individu yang sedang mengalami kesedihan keadaan dirinya adalah tidak terurus.Keadaan ini akhirnya boleh membawa kepada kejatuhan imej diri dan segala peluang pekerjaan akan hilang kerana individu itu tidak dapat mengurus dirinya.


KEBAIKAN EMOSI SEDIH

Sedih bersifat fungsional. Seseorang yang bersedih akan lebih tergerak untuk memberikan bantuan. Misalnya anda merasa sedih mengetahui seorang anak yang ditinggal mati semua keluarganya kerana tersapu tsunami. Tentunya anda lebih mungkin untuk memberikan bantuan pada anak itu apabila anda tidak bersedih. Pada saat anda mengalami kesedihan, dan kesedihan Anda itu diketahui orang, maka orang akan berupaya memberikan bantuan. Misalnya saat anda sedih ditinggal mati orang tua anda, maka orang-orang akan membantu anda saat itu. Pendek kata, sedih juga ada kelebihannya.


0 comments:

Post a Comment

DON'T BE SAD

"Tidaklah sesuatu musibah yang berupa apa jua kesedihan sama ada dari persetujuan hatinya atau tidak hatta duri yang mencucuk jarinya, melainkan ia adalah penghapus dosa (kifarah)".