KISAH SEDIH DI BULAN RAMADHAN

Semalam seorang pesakit wanita berusia 35 tahun mati disebabkan oleh demam denggi…amat menyedihkan kerana pada saat pesakit itu tengah nazak, anaknya yang berusia 10 tahun, melihat dengan penuh kebingungan, sambil memanggil ibunya yang telahpun tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.

Apa yang menyedihkan lagi, budak tersebut tidak berbapa kerana bapanya telah lama meninggal dunia kira-kira 6 tahun yang lalu…

Pesakit ini telah datang ke hospital pada jam 10.45 malam setelah mengalami sakit perut semenjak pagi tadi. Pesakit sebelum itu telah mengalami demam selama 5 hari dan hari ini demamnya telah reda tetapi semenjak pagi tadi dia mengadu sakit perut.

Pada mulanya pesakit menyangkakan dia mengalami sakit gastrik yang biasa dia alami sebelum ini, tetapi setelah dia mengambil ubat yang selalu dia ambil untuk gastrik, ternyata tiada kesan, lalu dia mengambil keputusan untuk datang ke hospital bertemankan abang dan anaknya. Dia datang pada sebelah malam kerana pada waktu siang hari tiada siapa yang boleh membawanya ke hospital !

Setelah ujian darah dilakukan didapati pesakit kekurangan platelet ( thrombocytopenia ) 38 000 sahaja ! Selain dari itu pesakit juga mengalami radang hati dan sangat dehydrated ( kekurangan air dalam badan ), pada jam 10.50 malam pesakit adalah stabil dengan tekanan darah 110/64 mmHg, pulse rate 107 beats per minute dam suhu badan 37.2 Celcius, tetapi pada jam 11.30 malam, tekanan darah pesakit menurun kepada 70/40 mmHg ( tekanan darah ketika berdiri ) dan 75/42 mmHg ( ketika baring ), ini menandakan terdapat postural drop in blood pressure – the patient is in shock !

Pesakit pada ketika itu dalam keadaan resah ( restless and distress with GCS 13/15 ) drowsy…pesakit dengan segera telah pindahkan ke Red zone area ( critically ill patient ) untuk dilakukan proses resussitasi ( proses penstabilan pesakit ), disebabkan pada jam 11.45 malam pesakit semakin teruk, tidak memberikan reaksi apabila disoal, maka pesakit was intubated immediately to protect the airways.

Pada jam 12.05 pagi , cardiac monitor menunjukkan ventricular fibrillation ( VF ) , maka pesakit telah diberikan DC shock, namun selepas 5 minit berlaku pula asystole ( jantung telah berhenti berdenyut ) – CPR diteruskan, namun selepas 45 minit, tiada reaksi dan tiada tanda yang pesakit dapat diselamatkan.

Punca kematian pesakit adalah disebabkan oleh dengue shock syndrome, pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 pagi.

Apabila diberitahu yang pesakit tidak dapat diselamatkan, abang pesakit berasa amat marah, selain dari itu dia juga berkata; " Siapa nak jaga budak ini…saya sendiri pun hidup susah, takkan saya nak jaga dia pulak …ini semua salah hospital …doktor kat hospital ni tak pandai…kalau pandai sudah tentu dia tak mati…" kami agak terkejut dengan kata2nya. Pada masa itu hanya anak dan abang pesakit sahaja yang berada di hospital…dan tiada waris lain yang hadir.

Walaupun kami telah menerangkan sebab2 kenapa pesakit tidak dapat diselamatkan, namun waris pesakit tidak dapat menerimanya…dia terus marah tanpa mempedulikan anak saudaranya yang sedang menangis teresak2…

Take home message : Kita berusaha sedaya yang mungkin…kalau dah sampai ajal, tiada siapa yang boleh menghalangnya kehendakNya…Jangan ambil mudah jika anda demam berterusan selama 4 hari walaupun telah mengambil ubat, mungkin anda mengidap demam dengue ! Segeralah ke hospital untuk rawatan lanjut , seperti dalam kes ini pesakit menemui ajal hanya dalam masa 2 jam !

0 comments:

Post a Comment

DON'T BE SAD

"Tidaklah sesuatu musibah yang berupa apa jua kesedihan sama ada dari persetujuan hatinya atau tidak hatta duri yang mencucuk jarinya, melainkan ia adalah penghapus dosa (kifarah)".