PENGENALAN


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Illahi akhirnya sebuah blog ilmiah telah berjaya diwujudkan dalam waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda atas perjuangan dan pengorbanan baginda demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah bagi memenuhi tugasan kerja kursus Kompetensi Kecerdasan Emosi (EQ 3311D1) yang dikhususkan kepada pelajar program persediaan ijazah. Ia merupakan salah satu penilaian kerja kursus selain daripada pembentangan di dalam kelas (power point) dan penyediaan brosur berkenaan tajuk yang dipilih.

Emosi sedih menjadi pilihan kami sekumpulan kerana emosi ini merupakan perasaan yang sering dialami oleh setiap insan selain gembira. Dalam kehidupan, kita akan melalui pelbagai ujian, dugaan, halangan dan cabaran yang membawa kepada beberapa perasaan. Ini adalah lumrah kehidupan yang tiada siapa pun boleh menolaknya.

Akhir kalam, sekalung penghargaan buat Dr. Bushro bt Ali atas segala tunjuk ajar dan sokongan sepanjang kami menyiapkan blog ini.


Ahli kumpulan :
Fazlinda binti Che Rani (blogger)
Halimatu Sa'adiah binti Mohd Fauzi
Nurul Farehah binti Hussin
Siti Nazila binti Zainudin



0 comments:

Post a Comment

DON'T BE SAD

"Tidaklah sesuatu musibah yang berupa apa jua kesedihan sama ada dari persetujuan hatinya atau tidak hatta duri yang mencucuk jarinya, melainkan ia adalah penghapus dosa (kifarah)".